Senaman sebelum mengayuh basikal
SUKAN berbasikal menjadi pilihan popular di banyak negara maju.
Bagaimanapun, berapa baguskah aktiviti itu untuk kesihatan lebih-lebih
lagi apabila anda sudah lama tidak bersenam? Adakah renang atau
gimnastik yang mempunyai bermacam-macam pergerakan merupakan alternatif
yang lebih baik?
Jika dihitung dari segi jumlah kalori yang dibakar, berbasikal belum cukup ideal.
"Kalau membandingkan berlari dengan berbasikal dengan intensiti yang
sama tinggi, berlari membakar lebih banyak kalori kerana anda harus
memindahkan tenaga secara terus-menerus. Namun, ini seperti
membandingkan epal dengan jeruk," kata Prof. Jamie Timmons daripada Universiti Loughborough di Britain.
Berlari mungkin lebih baik untuk menggerakkan tubuh secara
terus-menerus. Tetapi itu juga bermakna semua sendi akan menerima beban
hentakan tanpa henti. Semakin berat tubuh anda, semakin berat juga sendi
anda menerima hentakan.
Dia mengatakan, salah satu keunggulan basikal ialah anda boleh memperbaiki teknik kayuhan tanpa memerlukan usaha yang banyak.
Hanya membandingkan jumlah kalori yang dibakar untuk menentukan jenis
senaman yang anda pilih tetapi mengabaikan kesan menyeluruh senaman itu
ke atas tubuh, bukanlah satu pilihan yang bijak.
Timmons mengatakan itulah sebabnya mengapa berbasikal iaitu sejenis
senaman rendah hentakan, menjadi pilihan tepat untuk mereka yang baru
bersenam kembali.
Kira-kira 70 peratus berat tubuh disalurkan kepada tayar basikal berbanding pergelangan kaki.
"Anda boleh melakukan senaman berbasikal secara maksimum dan
menghindari kecederaan kerana tubuh anda tidak menghentak ke bawah,"
terang Timmons.
Dr. Simon Kemp, daripada Fakulti Sukan dan Ubat-ubatan sebuah
universiti di Britain merupakan seorang penggemar basikal dan mampu
mengayuh sehingga 150 kilometer tanpa masalah.
"Anda boleh berulang-alik ke tempat kerja dengan mudah yang
intensitinya cukup rendah iaitu hanya menggunakan sekitar 60 peratus
degupan jantung."
Tentu sahaja segala macam bentuk sukan membantu meningkatkan tahap
kesihatan. Tetapi kajian membuktikan berbasikal dikatakan paling baik.
Satu penyelidikan selama 15 tahun ke atas 30,640 orang yang tinggal
di Copenhagen, Denmark menunjukkan mereka yang tidak berbasikal, 39
peratus berkemungkinan meninggal dunia lebih cepat.
Kemp berkata: "Ada bukti bahawa mereka yang mempunyai badan yang
tidak cergas berisiko lebih tinggi untuk mati akibat penyakit
kardiovaskular."
Berbasikal merupakan bentuk senaman yang paling mudah dibuat. Berbeza
daripada renang dan angkat beban, misalnya, yang memerlukan individu
terbabit pergi ke kolam renang atau gimnasium.
Namun begitu, berbasikal bukan tiada risiko. Kemp mendedahkan terlalu
banyak berbasikal boleh membuatkan kawasan sekitar alat kelamin hilang
rasa sensitifnya manakala bilangan sperma berkurangan.
Inilah basikal den pakai sekarang, murah je masih belajar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan